Bayern dilaporkan sedia mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu dengan nilai 80 juta euro (RM375.51 juta) dari skuad Citizens.

Sane meledak 10 jaringan dan banyak mencipta gerakan gol untuk membantu City mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, salah satu kejayaan domestik daripada tiga musim ini.

Pep Guardiola bagaimanapun sering meletakkan Sane di bangku simpanan seminggu menjelang penutupan kempen, dengan lebih banyak menurunkan Raheem Sterling dan Bernando Silva sebagai pilihan utama.

“Jika perpindahan itu berlaku, satu perjalanan yang bagus untuknya, untuk Bayern, dan skuad kebangsaan dan untuk Bundesliga,” kata Low.

Pada Jun tahun lalu, Sane disingkirkan daripada senarai 23 pemain terakhir yang bakal didaftarkan ke dalam pasukan mereka untuk Piala Dunia 2018 Rusia oleh Low.

Penyingkirannya bagaimanapun menimbulkan tanda tanya sedangkan Sane merupakan pemenang pemain muda terbaik PFA 2017/18. Beliau yang dibeli Manchester City dari Schalke pada 2016 dengan nilai £37 juta menjadi nadi penting kejuaraan 2 trofi City pada musim lalu.- AGENSI