Antara melaporkan, meskipun tiada lagi demonstrasi dan kekacauan berlaku, polis dan tentera tetap memantau bagi berdepan sebarang kemungkinan tercetusnya ketegangan pada bila-bila masa.

Polis pada masa yang sama masih menutup beberapa laluan menuju ke Istana Negara, mahkamah konstitusi dan bangunan-bangunan kementerian di Jalan Medan Merdeka Barat.

Dalam pada itu, jurucakap Mahkamah Konstitusi, Fajar Laksono memberitahu pihaknya telah meningkatkan unit keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekacauan semasa proses penyelesaian sengketa Pemilihan Umum (Pemilu) 2019.

“Kami telah bekerjasama dengan polis dan tentera agar keselamatan dapat dipertingkatkan,” katanya.-AGENSI