Malaysia

Mahkamah tolak permohonan jaminan kos Kula dari Zakir Naik

Bekas menteri sumber manusia M Kula Segaran dan penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas menteri sumber manusia M Kula Segaran untuk mendapatkan jaminan kos terhadap penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Naik memfailkan saman fitnah tahun lepas terhadap Kula; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; dan Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy.

Pada Jun, Kula meminta agar Naik mendepositkan wang sebanyak RM100,000 kepada peguamnya atau mahkamah sebagai jaminan kos.

Permohonan sedemikian dibuat sekiranya plaintif bermastautin di luar negara. Defendan akan minta jaminan kos, di mana wang itu akan dibayar jika mahkamah menolak saman itu.

Pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon menolak permohonan Kula kerana Naik bermastautin di Malaysia.

“Dia kebiasaannya seorang pemastautin dan bermastautin kerana dia merupakan pemastautin tetap,” katanya.

Naik, yang diwakili oleh Sulaiman Abdullah dan Akberdin Abdul Kader, juga diberikan kos sebanyak RM5,000.

Sulaiman berhujah permohonan itu bersifat menindas dan bertujuan untuk menawarkan hati Naik daripada meneruskan tindakan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 4 September.

K Shanmuga, yang mewakili Kula, berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada kliennya mengenai sama ada akan merayu keputusan itu.

Tuntutan terhadap Kula, yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat, berkait dengan laporan FMT bertajuk “DAP: No reason for Malaysia to protect Zakir Naik”, yang diterbitkan pada 17 April 2017.

Naik juga menyebut 1 siaran akhbar oleh Kula pada 13 Ogos tahun lepas yang bertajuk “Zakir Naik’s presence is embarrassing to all Malaysians”.

Kula, dalam pembelaannya, memberikan sebab ada justifikasi, komen yang adil, dan keistimewaan bersyarat.

Naik, yang menuntut pampasan dan ganti rugi teladan, mendakwa defendan mencemuhnya dan menggambarkan dirinya sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Naik yang juga menggambarkan dirinya sebagai pendakwah dan pemidato terkenal mengenai perbandingan agama, mengatakan beliau penerima banyak anugerah termasuk Tokoh Maal Hijrah bagi kategori antarabangsa pada 2013.

Naik, sebelum ini, membuat laporan polis di Shah Alam terhadap Kula, Ramasamy, Santiago, Satees, dan bekas duta besar Dennis Ignatius, mendakwa mereka membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Ia menyusuli laporan di mana Zakir dikatakan mendakwa rakyat Malaysia yang berasal dari India lebih setia kepada kerajaan Narendra Modi daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, sementara orang Cina Malaysia “tetamu lama” yang perlu kembali ke tanah nenek moyang mereka.

Football news:

Hudson-Audrey wants to move to Bayern. The club has been trying to sign him since January 2019
Neuer on winning the German super Cup: scoring 3 goals is always impossible. Fortunately, Kimmich scored
Vasin's agent that the ex-coach of Khimki Gunko refused the player: I don't know anything about it. Maybe he was offered a taxi driver
Shomurodov will sign a 4-year contract with Genoa. Medical check - up-on Friday
Vinicius was offside, but the ball was last touched by a Valladolid defender. Ex-referee Andujar Oliver on Real Madrid's goal
Muller is the most decorated German in history. Won the 27th trophy and overtook Schweinsteiger
Pep Guardiola: city are still far from their best form. We have dropped 10 players