Malaysia

‘Makcik gelang pink’ dipenjara sehari, denda RM8,000 ingkar kuarantin rumah

Nur Emah Mohamad Hashim dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. (Gambar Bernama)

IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 ke atas seorang warga emas yang diberi gelaran “makcik gelang pink” kerana tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dengan makan di sebuah kafe bulan lalu.

Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman terhadap Nur Emah Mohamad Hashim, 72, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran, di Lengkok Meru Permai 1, Halaman Meru Permai, kira-kira 8 pagi 6 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan wanita berjubah hitam itu menjalani hukuman penjara 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia dituduh tidak mematuhi HSO di bawah Subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diarahkan pegawai diberi kuasa, Syarifudin Abu Bakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor, pada 5.30 petang 4 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sub Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1987 dan boleh dihukum di bawah Sub Seksyen 24(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fakurazi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukannya.

Emah yang merupakan ibu tunggal, dengan nada sebak sambil mengalirkan air mata memohon hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertamanya dan mempunyai masalah kesihatan.

Mengikut fakta kes, pada 21 Julai lalu, JKN Perak menerima aduan mengenai gambar seorang wanita memakai gelang kuarantin di rumah tidak berada di alamat diperintahkan, sebaliknya dia didapati keluar makan di restoren Hanaz Cafe di Meru Raya.

Susulan itu, siasatan dijalankan pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan mendapati wanita itu ialah orang kena perintah pengawasan serta pemerintahan mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, bermula 4 hingga 18 Julai lalu.

Tertuduh berada di restoran itu pada 6 Julai lalu, walaupun diperintahkan menjalani kuarantin rumah selepas pulang dari United Kingdom pada 4 Julai lalu bagi membendung penularan Covid-19.

Football news:

Rostov will reject the offer of Genoa for Shomurodov, as they want more than 8 million euros (SE)
Mendes earned about 20 million euros during the summer transfer window
Carragher on Arsenal: Liverpool are a few years ahead, but Arteta can take them to the Champions League
Roma is the favorite in the fight for Jovic. Real Madrid have offers from Inter and Milan
Ruben Dias has arrived in Manchester to complete his move to city
Van Dijk's transfers are the key to Liverpool's victory. They killed any attempts of Arsenal to press
Tony Adams: Leno is not a top-4 goalie. For me, Martinez was number one