Ketika ditemu bual oleh ESPN, pengacara program Ahora o Nunca, Herculez Gomez bertaruh dengan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu untuk berlawan dengannya dalam permainan video FIFA.

“Kita main satu perlawanan dan bertaruh, pasukan mana anda mahu pilih?,” soal Gomez.

Mbappe, 20, menghela nafas, sebelum membalas: “Saya bermain untuk Liverpool kerana mereka memenangi Liga Juara-Juara”.

“Oh, kamu suka Jurgen Klopp? Apakah kamu rasa dia jurulatih yang bagus?,” soal Gomez lagi.

“Sudah tentu, dia memang bagus,” jawab Mbappe.

Sejak beberapa minggu lalu, Mbappe dikaitkan dengan Li­verpool apabila sering menghambur pujian terhadap kelab Liga Perdana Inggeris itu, malah minggu lalu dia bertemu peme­gang saham minoriti Reds iaitu bintang bola keranjang Amerika Syarikat, LeBron James.

Baru-baru ini, Mbappe turut mengikuti Fabinho, Mohamed Salah dan Steven Gerrard dalam media sosial.

Juara Perancis, PSG bagaimanapun sudah beberapa kali menegaskan, Mbappe tidak akan dijual, biarpun terdapat minat daripada Barcelona untuk mendapatkannya. – AGENSI