logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Media sosial: Jangan terkejut jika ada orang punyai 10 akaun

Ada sesetengah individu yang hanya memiliki satu atau dua akaun media sosial, tetapi ada juga antara kita yang memiliki mungkin lebih daripada lima akaun media sosial.

Tidak perlu terkejut dengan jumlah akaun tersebut, memandangkan media sosial adalah merupakan cara terkini untuk kita berkomunikasi dengan individu lain.

Jadi tidaklah hairan sekiranya seseorang individu itu memiliki 10 akaun hanya untuk media bersosial.

Bagaimanapun, kita bukan hanya bertukar cara berkomunikasi, tetapi media sosial turut mengubah cara kita berkomunikasi.

Calon PhD, Beata Jungselius telah membuat kajian berkenaan penggunaan Instagram sejak tahun 2012.

Dia telah menemu bual sekumpulan pengguna Instagram pada tahun 2012, dan kembali menemu bual mereka lima tahun kemudian.

Ini bertujuan untuk memahami bagaimana penggunaan Instagram dan media untuk tujuan sosial mereka yang lain berubah mengikut peredaran masa.

Corak perubahan penggunaan media sosial

Menurut Beata, salah satu faktor paling utama yang mengatur bagaimana seseorang menggunakan media untuk bersosial adalah berkaitan dengan perubahan gaya hidup dan pengurusan masa.

Berikut merupakan antara corak penggunaan media sosial yang dapat diperhatikan:

Perubahan keutamaan privasi

Salah satu perubahan penggunaan media ini yang paling menonjol adalah disebabkan oleh keutamaan privasi.

Menurut Beata, individu lebih cenderung untuk menjadikan perbualan lebih privasi seiring dengan masa. Interaksi yang sebelum ini berlaku secara umum, kini berlaku dalam forum tertutup seperti mesej terus (direct message), ruangan chat atau kumpulan tertutup.

Perubahan keupayaan teknikal

Selain itu, terdapat juga perubahan daripada aspek keupayaan teknikal yang turut memberi kesan terhadap penggunaan platform media sosial.

Pada tahun 2012, pengguna media ini mempunyai sumber interaksi yang lebih terhad berbanding pada tahun 2017.

Manakala pada tahun 2017, pengguna media ini mempunyai akses terhadap sumber interaksi yang pelbagai seperti teks, gambar, video, story, GIFs dan pelekat atau sticker.

Jika dahulu, fungsi WhatsApp hanya terhad kepada fungsi mesej antara individu semata-mata.

Kemudian fungsi dan cirinya berkembang sedikit demi sedikit melalui kewujudan chat kumpulan, panggilan suara WhatsApp, panggilan video WhatsApp, pelekat dan sticker.

Kesemua ciri ini telah mengubah bagaimana cara kita berinteraksi dengan individu lain.

Cuba bayangkan dengan ciri sebanyak ini dalam hanya satu platform, anda menggunakannya dalam 10 platform media sosial berlainan! Patutlah bukan mudah untuk menjadi seorang social media influencer.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Themes
ICO