logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Menteri gelar orang Melayu pendatang lebih teruk daripada ucapan Zakir Naik, kata Asri

Mufti Perlis Mohd Asri Zainal Abidin.

PETALING JAYA: Menteri yang mendakwa orang Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini lebih teruk sikapnya berbanding kenyataan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, kata Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata demikian sebagai menjawab kritikan sesetengah pihak yang mahu Zakir dihantar pulang ke India susulan kenyataannya yang didakwa mengina orang India dan Cina di Malaysia.

Katanya, walaupun terdapat menteri yang “celupar” menghina orang Melayu sedemikian rupa, namun ia tidak sampai ke tahap menghalau menteri tersebut keluar dari Malaysia.

“Ada pihak tertentu di Malaysia, banyak perkataan yang buruk dikeluarkan oleh orang yang dari segi sejarah mereka bukan berasal dari sini (Malaysia).

“Ada menteri yang kata orang Melayu pendatang. Dia pun bukan orang sini kalau dari segi sejarah asalnya, tapi ada kita suruh dia keluar (Malaysia)?.

“Tapi kalau tengok ucapan dia (Zakir) bukan suruh (Cina, India) halau keluar. Kalau kita betul-betul faham konteks penyampaiannya tidaklah seteruk yang mereka kata itu.

“Yang kata Melayu pendatang itu lebih teruk, tapi tak ada orang yang suruh keluar,” katanya ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Alwi, Kangar, yang disiarkan secara lansung menerusi Facebooknya malam tadi.

Asri mendakwa, kenyataan Zakir terhadap orang India dan Cina ketika program jelajah di Kota Bharu baru-baru ini juga tidaklah seteruk apa yang dilakukan seorang ahli perniagaan yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanyalah makan dan tidur dan lebih sesuai bekerja di ladang.

“Ada orang kata tentera makan, tidur sahaja, begitu tidak patriotik. Dia kata elok tentera pergi buat kerja ladang. Yang saya lebih kagum lagi menteri berkaitan tentera (Mohamad Sabu) tak kata apa, senyap saja,” katanya.

Walaupuan tidak menyebut nama, Asri dipercayai merujuk kepada ucapan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran sebelum ini yang mengelar orang Melayu sebagai pendatang dan kenyataan mengenai anggota tentera yang merujuk kepada seorang tokoh perniagaan dari Perak, Koon Yew Yin.

Asri, yang juga pendokong kuat Zakir berkata, terdapat segelintir pihak, termasuk menteri Melayu yang lebih cepat mengkritik penceramah dari India itu tanpa mengkaji keseluruhan ucapan beliau, sebaliknya hanya berdiam diri apabila “agama Islam dihina”.

“Kalau nak kritik Zakir ok, boleh kritik, tapi kritik juga yang lain-lain itu. Bila mari orang lain hang tak kritik, Zakir kritik, itu tak adil,” katanya.

Asri berkata, beliau tidak membuat kenyataan perkauman sebaliknya ingin menjelaskan isu yang berlaku kerana Islam tidak menyuruh penganutnya menghina agama lain.

“Agama mengajar kita buat baik kepada semua orang, kepada bukan Islam. Quran sebut supaya kita buat baik kepada bukan Islam dan kuliah saya sejak dulu, saya banyak cerita memberi hak bukan Islam,” katanya.

Negara mesti ada identiti

Asri berkata, kaum majoriti di Malaysia adalah orang Melayu dan tidak perlu dipertikai haknya oleh kaum lain, termasuklah dalam isu tulisan jawi.

“Kita tidak perkauman. Negara China untuk orang Cina, orang tak pertikai itu adalah identiti dia. Negara India untuk orang India. Eropah, mereka perjuang hak asasi manusia, hak kesamaan, tapi Eropah masih untuk orang kulit putih. Malaysia, Tanah Melayu, Tanah Melayu untuk orang Melayu.

Asri berkata, beliau juga menolak jika kaum dominan dalam sesebuah negara menghina kaum lain.

“Saya bukan perkauman, tapi itu rasionalnya. Tapi kalau orang kata oleh kerana Melayu dominan, kita mesti tindas kaum lain. Itu kita lawan. Kita menentang penindasan.

Tidak setuju ucapan Zakir

Asri berkata, beliau secara peribadi ada menegur dan menasihatkan Zakir Naik supaya lebih berhati-hati dalam membuat ucapan selepas insiden yang berlaku di Kota Bharu.

“Saya secara peribadi, untuk bagi adil, saya beritahu dia secara personal tak perlu cakap benda-benda berhubung dengan isu politik tempatan Malaysia.

“Bagi saya tidak sesuai dia cakap walaupun sebahagian yang dia cakap itu mungkin betul, tetapi ia akan menimbulkan persepsi yang lain kerana status dia dan lain-lain.

Asri berkata, perkara sama boleh dibuat oleh pihak lain yang mahu menegur Zakir, bukannya terus bertindak menghalau penceramah itu pulang ke India.

Gesaan supaya Zakir dihantar pulang ke India meningkat berikutan siri ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini yang menyaksikan beliau antara lain menyentuh isu kesetiaan penganut agama Hindu di Malaysia kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Beliau dilaporkan berkata, ada penganut agama Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi berbanding Mahathir walaupun menerima lebih “100 kali” hak berbanding umat Islam di India.

Zakir juga dilaporkan berkata, orang Cina di negara ini boleh dianggap sebagai tetamu seperti dirinya.

Beliau yang mempunyai status penduduk tetap di Malaysia dikehendaki pihak berkuasa India berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO