United terdesak mencari pertahanan kanan baharu pada musim panas ini dan Meunier antara pemain yang berada dalam radar mereka.

Menurut media tempatan, The Mirror, selain United, Arsenal dan Chelsea juga berminat untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Meunier kerap beraksi bersama PSG pada musim ini hanya mempunyai baki kontrak selama setahun bersama kelab gergasi dari Perancis itu.

Antonio Valencia dijangka meninggalkan United, Meunier mungkin mengisi kekosongan tersebut.

Meunier merupakan sebahagian daripada skuad Belgium ketika mereka menamatkan Piala Dunia 2018 di tempat ketiga. - AGENSI