Mengulas tentang kenyataan Pengerusi Balai Seni Negara, Datuk Rashidi Hasbullah berhubung cadangan itu dalam satu majlis baru-baru ini, beliau berkata, ia adalah kenyataan peribadi Rashidi dan bukan dipersetujui kementeriannya bagi tujuan promosi TMM 2020.

"Jika perkara itu dibawa kepada saya, saya tidak akan luluskan," kata Mohamaddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu majlis 11 Mac lepas di KLIA2, Rashidi dilaporkan bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun Doraemon bersempena TMM 2020 memandangkan animasi dari Jepun itu mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Mohamaddin berkata sekiranya beliau mahu mengangkat watak animasi untuk kempen TMM2020, watak tempatan yang popular akan dipilih dan bukannya dari negara luar.

"Saya tidak pernah meluluskan sebarang promosi yang melibatkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita," katanya. - BERNAMA