Alamat terbaharu Utusan dan Kosmo! yang melibatkan bahagian pengarang, pemasaran dan pengiklanan adalah seperti berikut: no 24-02 Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80100 Johor Bahru,

Johor.

Pejabat Utusan sebelum ini yang beroperasi sejak 1978 beralamat di 24A, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru sudah tidak digunakan lagi.

Semua alamat surat menyurat boleh menggunakan alamat baharu itu sementara sebarang urusan yang melibatkan pertemuan perlu diadakan temu janji terlebih dahulu berikutan pejabat di Nong Chik Heights hanya akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan bulan depan.

Sebarang urusan melibatkan editorial Utusan boleh berhubung menerusi 012-7043279 manakala editorial Kosmo! 014-6494974 sementara bahagian pemasaran 019-7779538 dan pengiklanan 013-7041312. UTUSAN ONLINE