logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Penampilan sulung BTS K-Pop gegar bumi Saudi

Anggota kumpulan muzik Korea Selatan, BTS V, Jimin, Jungkook dan Jin menyanyikan lagu The Truth Untold di Riyadh, Arab Saudi pada 11 Okt. (Gambar Gulf News)

RIYADH: Ibu negara Arab Saudi bergegar dengan rasa teruja peminat-peminat muda BTS, kumpulan pop Korea yang mengadakan persembahan sulung ketika Riyadh sedang berusaha keras untuk mengubah imej ultra-konservatif.

Tujuh anggota band K-pop yang terkenal berpeluh ketika mereka menari dan menyanyi malam tadi, di depan ribuan rakyat Saudi dan ekspatriat di Stadium Antarabangsa Raja Fahd di sini, yang boleh memuatkan 70,000 orang.

“Saya sangat gembira kerana mereka berada di sini, di Arab Saudi untuk kali pertama,” kata seorang gadis muda, Amira.

“Saya harap terdapat lebih banyak konsert seperti ini,” katanya kepada AFP.

Seorang lagi warga Saudi, yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata dia gembira kerana negaranya “membuka pintu kepada muzik pop”.

Katanya, dia adalah peminat tegar lagu BTS dan persembahan mereka telah “menyentuh saya secara peribadi”.

Ramai mengalu-alukan keputusan kumpulan itu mengadakan persembahan di Arab Saudi, yang melonggarkan sekatan berdekad lama untuk hiburan, sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan imejnya dan menarik pelancong dalam pelan lebih luas dalam mempelbagaikan ekonomi tanpa terlalu bergantung kepada minyak.

Tetapi ada juga pihak mengkritik BTS tampil di negara itu kerana rekod hak asasi manusia yang sering dikritik dan sasaran puak penentang dan budaya homoseksual.

Meskipun liberalisasi menyaksikan wanita memperoleh lebih banyak kebebasan, termasuk dapat memandu dan melakukan perjalanan secara lebih bebas, tindakan keras terhadap aktivis dan pelanggaran hak juga semakin meningkat pada masa yang sama.

Sementara Saudi meningkatkan ruang kepada hiburan, rekodnya melenyapkan beberapa artis, termasuk rapper Nicki Minaj, yang menarik diri dari Jeddah World Fest pada Julai lalu, dengan merujuk kepada isu kebimbangan hak asasi manusia.

Janet Jackson, 50 Cent dan Chris Brown adalah antara artis yang tidak menolak jemputan kerajaan untuk mengadakan persembahan.

Bagaimanapun peminat malam tadi gembira dengan prospek masa depan sementara anak dan ibu bapa mereka menunggu di luar stadium di negara kerajaannya jarang membolehkan lagu-lagu pop.

“Konsert ini membawa banyak pengertian kepada saya,” kata Mohammed, yang mempunyai bendera Arab Saudi diikat pada bahunya.

“Saya rasa ini akan menyokong negara kita dan ekonomi kita, dan kita juga memperlihatkan kepada semua orang bahawa kita mengalu-alukan semua orang,” kata lelaki muda itu, yang memberitahu dia seorang amatur YouTube yang menghasilkan seni dan muzik.

Berhampiran dia sekumpulan tiga orang Filipina, yang datang dari Jeddah, kira-kira 800km ke barat Riyadh.

“Kami telah lama menunggu acara seperti ini,” kata salah seorang wanita muda kepada AFP sebelum bergerak untuk bersama temannya mendengar lagu “kegemaran mereka”.

Themes
ICO