logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Penerbit filem maut dilanggar

PENERBIT filem maut selepas dilanggar van ketika menukar tayar kenderaan miliknya yang pancit di Jalan Kuching berdekatan Bulatan Segambut, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 4.20 pagi itu, Mokhairul Shamsul Mokhtar, 46, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Mokhairul Shamsul atau lebih dikenali sebagai Asey adalah pemilik produksi DA Motion Media dan menerbitkan filem seram, Jodoh Syaitan.

Filem sulung beliau itu dijangka menjengah pawagam pada tahun hadapan, selain penggambaran filem Mama, yang sudah memasuki fasa terakhir untuk disiapkan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, kemalangan menimpa Mokhairul Shamsul berlaku membabitkan dua kenderaan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda model Jip Land Cruiser berhenti di lorong kiri jalan untuk menukar tayar belakang sebelah kanan yang pancit.

Menurutnya, lokasi kejadian tidak mempunyai lorong kecemasan dan mangsa dipercayai keluar dari kenderaan untuk menukar tayar belakang dengan memasang lampu isyarat kecemasan.

Namun, katanya, mangsa didapati tidak meletakkan kon atau papan tanda amaran di belakang kenderaan berkenaan.

“Kemudian, datang sebuah van model Ford Spectron dipandu lelaki berusia 47 tahun dari lorong sama dan hanya melihat kenderaan mangsa terlalu dekat.

“Susulan itu, pemandu van terbabit cuba mengelak ke kanan dan menyebabkan mangsa terperanjat serta mengundur ke belakang mengakibatkan dia dilanggar van berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Lokasi kejadian Mokhairul Shamsul maut dilanggar van. FOTO Ihsan Polis

Menurut Zulkifli, kejadian menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Pemandu van terbabit tidak mengalami kecederaan. Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO