Mohmad berkata, pelbagai pengalaman serta cabaran yang tidak dilupakan beliau sepanjang lebih 35 tahun berkhidmat dalam PDRM.

Jelas beliau, bagaimanapun, setiap jawatan disandang mempunyai cabaran tersendiri.

“Seperti di Kuala Lumpur, cabarannya lain contohnya banyak terlibat dengan perhimpunan Bersih.

“Ketika memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pula semestinya kes pembunuhan Kevin Morais manakala di JSJN pula cabarannya lain.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJN Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan Timbalan Pengarah Jabatan JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai pemangku pengarah jabatan itu.- UTUSAN ONLINE