Perancis memulakan kempen dengan menundukkan Moldova 4-1 sebelum juara dunia itu meneruskan kecemerlangan mereka mengetepikan cabaran skuad kendalian Erik Hamren, 4-0.

Samuel Umtiti membuka tirai jaringan selepas 12 minit beraksi dan Perancis terpaksa menunggu sehingga pertengahan separuh masa kedua untuk jaringan kedua daripada Olivier Giroud.

Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann kemudiannya menjaringkan dua lagi gol untuk melengkapkan kecemerlangan meraih tiga mata penuh di ibu kota negara itu.

Deschamps mengakui pasukannya bergelut pada permulaan separuh masa kedua tetapi gembira untuk melihat jentera serangannya yang berjaya menembusi benteng pertahanan Iceland.

“Mereka membuka lebih banyak ruang ketika penat dan kami memanfaatkannya.

“Kami lihat peluang lebih banyak pada separuh masa kedua tetapi bukan mudah untuk menentang pasukan yang teratur seperti Iceland.

“Suasana di stadium sangat menarik dan pemain sangat gembira menikmati permainan hari ini,” kata Deschamps.-AGENSI