Malaysia

Persatuan mahu Majlis Kemakmuran Bumiputera wujud lebih banyak peluang untuk kontraktor

PETALING JAYA: Sebuah persatuan mahu Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB), yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan keusahawan untuk kumpulan kontraktor.

Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) berkata mendakwa usahawan Bumiputera dalam sektor pembinaan kurang diberi peluang “terutama dalam pengagihan projek mega”, menyeru MKB meneliti kelemahan dan cabaran dihadapi mereka “yang selama ini seolah diketepikan”.

“Agensi dan jabatan yang dipertanggungjawab untuk mengupaya dan mencapai hasrat MKB perlu merangka dasar jitu, memfokuskan kepada usaha mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan keusahawan kepada Bumiputera khususnya kumpulan kontraktor,” kata Presiden Azman Yusoff.

PKMB menyeru pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan semula dengan tumpuan khusus mewujudkan lebih ramai kontraktor berwibawa, berkebolehan, dan tulen.

Turut diseru agensi pelaksana Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) memperkasakan “Hub Building Material” ke semua negeri, yang akan membantu kontraktor mendapatkan harga yang lebih kompetitif, di samping kerajaan memperkasa penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS).

Azman berkata kontraktor perlu dilatih melalui pusat IBS CIDB, sebuah pelaksana agenda pembangunan, sebagai pemangkin bagi merapatkan jurang dalam ekosistem industri pembinaan IBS.

“Pusat ini mampu melatih serta memberi khidmat nasihat dan perunding kepada usahawan atau kontraktor dari gred bawah sehingga gred 7 (G7).

“Penggunaan IBS ini secara langsung meningkatkan lagi pekerja mahir tempatan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam tempoh terdekat,” katanya.

Football news:

De Paul about Messi: you will go to war for such a captain
Giggs on bale at Tottenham: Now we can see him play every week
Tottenham loan Vinicius from Benfica. He was the top scorer last season in Portugal
Hudson-Audrey wants to move to Bayern. The club has been trying to sign him since January 2019
Neuer on winning the German super Cup: scoring 3 goals is always impossible. Fortunately, Kimmich scored
Vasin's agent that the ex-coach of Khimki Gunko refused the player: I don't know anything about it. Maybe he was offered a taxi driver
Shomurodov will sign a 4-year contract with Genoa. Medical check - up-on Friday