logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Polis: Bukan hanya militan Abu Sayyaf aktif di Malaysia

Polis berkata ramai pesimpati terhadap kumpulan Abu Sayyaf yang menyalurkan dana secara tunai. (Gambar Bernama)

PASIR PUTEH: Polis tidak menolak kemungkinan ada kumpulan militan selain Abu Sayyaf beroperasi di Malaysia ketika ini.

Namun kata Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Datuk Mohamed Farid Abu Hassan, hanya kumpulan Abu Sayyaf yang dikesan aktif menjalankan kegiatan mereka.

“Ada ramai pesimpati (Abu Sayyaf) di Malaysia tapi yang aktif tak sebegitu ramai. Ia ada di setiap negeri namun dalam jumlah yang amat sedikit,” katanya selepas merasmikan projek naik taraf Balai Polis Selising yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai 7 individu warga Filipina dan seorang lelaki tempatan yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam serbuan berasingan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Okt hingga 12 Nov lalu.

Mengulas lanjut, Mohamed Farid berkata kumpulan itu bergerak menggunakan dana yang disalurkan oleh pesimpati yang diberi menerusi pelbagai cara bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kutipan dana selalunya dalam bentuk tunai namun disalurkan dalam pelbagai bentuk (kepada kumpulan militan) dan tidak menggunakan sistem perbankan negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan Balai Polis Selising dimulakan pada 1981 di atas tapak seluas 1.02 hektar sebelum melalui beberapa proses naik taraf sehingga yang terakhir pada 2005.

Katanya Balai Polis Selising yang mempunyai kekuatan 9 anggota termasuk seorang sarjan mejar memberi perkhidmatan kepada kira-kira 29,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Themes
ICO