Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan bekerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Ujarnya, tindakan yang diambil pihak jabatan perlu berasaskan laporan yang dikemukakan pihak SPRM berkenaan salah laku yang didakwa membabitkan pegawai dan anggota PDRM itu.

“Kalau ada terlibat kita akan siasat dahulu. Bagi peluang kepada mereka, kita tak boleh membuat tindakan secara melulu.

“Setiap tindakan mesti berasaskan undang-undang dan kita mesti dapatkan bukti dahulu bagi memastikan benar atau tidak dakwaan demikian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis Ke-212, di Hospital Selayang di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE