Malaysia

Rangka strategi baru elak silap kenal pasti golongan miskin, gesa Tok Mat

Mohamad Hasan berkata, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan miskin bandar dan masyarakat luar bandar kerana mereka menghadapi cabaran berbeza.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, kerajaan perlu merangka strategi baru lebih menyeluruh untuk dasar membasmi kemiskinan bagi mengelakkan kesilapan mengenal pasti kaum tertentu sebagai golongan miskin yang perlu dibantu kerajaan, susulan semakan semula had pendapatan garis kemiskinan (PGK) daripada RM980 kepada RM2,208.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, semakan semula PGK penting untuk mencerminkan realiti tahap kemiskinan sebenar kerana sejak pra-pandemik Covid-19, garis kemiskinan nasional dirasakan terlalu rendah dan tidak selari kos kehidupan di negara ini.

Katanya, peningkatan kadar kemiskinan secara drastik akibat krisis ekonomi selepas penularan Covid-19 akan menyukarkan usaha mengenal pasti dan mengklasifikasikan kumpulan B40, M40 serta T20.

“Semua parameter klasifikasi ini kini bertindih dan Malaysia bakal menyaksikan peningkatan kadar kemiskinan merentasi kaum, dengan tempias yang paling hebat secara amnya terhadap golongan Bumiputera dan India.

“Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menunjukkan Bumiputera dan India mencatatkan insiden kemiskinan mutlak 7.2% dan 4.8% masing-masing; jauh lebih tinggi daripada orang Cina dengan insiden kemiskinan 1.4%.

“Walaupun semua lapisan dalam masyarakat akan terjejas, impak paling jelas ialah kepada golongan yang ‘professionally, educationally, socially and financially insecure’; khususnya golongan pekerja dan penerima upah. Satu-satunya kumpulan kelas menengah yang boleh bertahan ialah penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin dilaporkan PGK disemak kepada RM2,208 berdasarkan kaedah pengiraan pada 2019.

Sebelum ini, PGK dikira berdasarkan metodologi pada 2005 yang menjadikan penanda aras kemiskinan pada RM980.

Uzir berkata, insiden kemiskinan mutlak bertambah baik daripada 7.6% pada 2016 kepada 5.6% pada 2019 dan kemiskinan tegar adalah 0.4% pada 2019 berbanding 0.6% pada 2016.

Hari ini, Mohamad berkata, Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang dikeluarkan semalam sepatutnya mengambil kira realiti kebanyakan komuniti yang berisiko dihimpit kemiskinan seperti masyarakat asal, pekerja asing dan pelarian sebagai sebahagian daripada asas pengiraan kemiskinan.

“Jika golongan tersebut diambil kira, maka kadar kemiskinan lebih tinggi daripada 5.6%.

“Yang lebih meruncingkan, kadar tersebut pasti telah dan akan meningkat dengan drastik dampak pandemik Covid-19 kerana kehilangan ratusan ribu pekerjaan dan ekonomi yang meleset. Malah, Bank Dunia menganggarkan secara konservatif 11 juta penduduk di Asia Timur akan terheret ke kancah kemiskinan akibat keruntuhan ekonomi.”

Beliau berkata, strategi pemulihan dan pembinaan ketahanan ekonomi negara perlu bersifat inklusif dan menterjemahkan kesejahteraan dengan erti kata sebenar.

Katanya, dasar membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat perlu disegerakan, dengan merangkumi strategi fokus kepada pemerkasaan dan berasaskan keperluan.

Beliau berkata, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan miskin bandar dan masyarakat luar bandar kerana mereka menghadapi cabaran berbeza.

“Masyarakat miskin bandar perlu berdepan krisis kehilangan pekerjaan dan masalah kelangsungan kehidupan kerana kos kehidupan yang mencabar.

“Mereka yang miskin di kawasan luar bandar pula dibelenggu masalah harga komoditi suram, akses kepada pasaran dan produktiviti rendah kerana tiadanya inovasi.

“Malah, insiden kemiskinan mutlak di luar bandar pada 2019 ialah 12.4%, jauh lebih tinggi daripada kadar 3.8% di bandar.”

Football news:

One Barca player among those starting the pre-season has contracted a coronavirus
Malinovsky settled in Italy: after the quarantine, he scored against Lazio and Juve, ahead of Mertens, Higuain and De Ligt in the ranking of the best players in Serie A
City are ready to give Coulibaly a 5-year contract with a salary of 10 million euros. Napoli wants 80 million for him^. Manchester City are working on the transfer of defender Kalidou Coulibaly from Napoli
PSG have a lot of injuries before the Champions League (even Tuchel!). Kerer broke his ear, but Mbappe is recovering furiously
Manchester City can join the fight for Tiago. Liverpool are still Interested in the player
Fomin about career abroad: I don't plan so: in 20 — FNL, in 22 — RPL, in 24 — Europe. I move step by step
Mendes suggested Manchester United's Fati as an alternative to Sancho. Barcelona will not sell the midfielder and will extend his contract