Ronaldo dikeluarkan pada minit ke-31 selepas mengalami masalah otot ketika sedang mengejar bola.

Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa isu tersebut bukan sesuatu yang serius dan dia akan kembali cergas menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Ajax pada 10 April ini.

Juventus dijadual bertemua Cagliari, Empoli dan AC Milan bagi aksi Serie A sebelum bertandang ke Amsterdam.

“Saya tidak bimbang dengan keadaan ini kerana saya tahu keadaan badan saya.

“Saya tahu yang saya akan kembali dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya.

Portugal ketinggalan dalam perlawanan itu selepas Dusan Tadic berjaya menyudahkan sepakan penalti tetapi percubaan kencang Danilo Pereira berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah sebelum tamat separuh masa pertama.-AGENSI