logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

‘Roti PRK’ warnai kempen di Tanjung Piai

Kedai Roti PRK terletak di Jalan Kukup.

Dalam tumpuan semua orang terarah kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung yang akan berakhir pada 16 Nov ini, tidak ketinggalan seorang peniaga makanan mengambil peluang menambah kemeriahan sepanjang kempen berlangsung.

Anak jati Pontian, Azlina Husin tampil dengan resepi “roti PRK” yang berjaya mencuri tumpuan sejak hari pertama kempen PRK Tanjung Piai.

Azlina, 54, berkata roti PRK atau nama penuhnya ‘Perisa Rempah Kami’ adalah roti burger yang dibuat sendiri dengan saiz besar dan adunan resepi sendiri.

Azlina Husin memperkenalkan roti PRK sempena PRK Tanjung Piai.

Beliau berkata idea tercetusnya roti PRK ini memang terhasil untuk sepanjang kempen kali ini memandangkan kedai dibuka sehari sebelum penamaan calon dan boleh dikatakan satu strategi utama untuk kedainya.

Azlina berkata sejak hari pertama roti PRK ini dihasilkan, ramai pengunjung datang membeli.

“Kita baru buka seminggu kedai roti PRK ini, tetapi sambutan cukup luar biasa. Sekiranya mendapat sambutan orang ramai kita akan buka cawangan di Pontian Kecil,” katanya ketika ditemui FMT di kedainya di Jalan Kukup.

Menjalankan perniagaannya itu bersama rakan baiknya Siti Salizawati Samad, Azlina berkata selain saiz roti yang besar ia dihidangkan dengan sayur-sayuran, daging, sos dan yang paling istimewa rempah yang dihasilkan lain daripada yang lain.

“Bila letak PRK untuk dijadikan kenangan masa-masa akan datang. Sebab memandangkan adik di sini, dia fikir macam mana nak buat perniagaan.

Roti PRK tular dapat sambutan penduduk di Tanjung Piai.

“Jadi terciptalah roti PRK. Nama sebenar kedai ini Ramas. Nama Ramas sempena keluarga, nama mak dan ayah. Nama mak Ramah dan nama ayah Samad,” katanya.

Azlina juga berkata sempena PRK ini beliau turut menurunkan harga iaitu dari RM8 kepada RM6.50 dan ia boleh makan oleh 4 orang kerana saiznya yang agak besar.

Kedai roti PRK ini dibuka dari jam 3 petang hingga 10 malam.

“Masih ramai tak tahu lagi. Roti PRK boleh makan beramai-ramai. Kalau betul-betul nak makan 4 orang dan pasti kenyang,” katanya.

Selain roti PRK, ada juga menu lain dijual seperti burger dan roti john yang pelbagai perisa.

Antara seorang pelanggan yang sedang membeli roti PRK.

Azlina berkata harga juga berpatutan dan kurang daripada RM10.

Beliau berharap akan membuat terbaik untuk kedainya dan menjaga kualiti rasa roti PRK mengikut citarasa Malaysia.

“Kita cuba di Jalan Kukup sebulan, dan kalau agak-agak permintaan bagus, kita akan buka cawangan lain di Pontian. Sekarang kita cuba sebulan di Jalan Kukup.

“Selepas tular kedai ini, roti PRK dapat sambutan. Orang-orang balik masjid dan pemimpin kecil politik pasti singgah dan mencubanya,” katanya yang pertama kali meniaga makanan seperti ini.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Md Farid Md Rafik, 42, daripada PPBM pada 21 Sept lalu.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK Tanjung Piai pada 12 November manakala hari mengundi 16 November ini.

PRK Tanjung Piai ini juga adalah PRK pertama di Johor sejak Pakatan Harapan mentadbir negeri itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Themes
ICO