Kumpulan itu, yang berdepan dengan cukai perjudian yang tinggi, dilaporkan mengusahakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kos.

“Kesan daripada cukai perjudian yang tinggi yang memberi kesan kepada prestasi kewangan kumpulan tersebut susulan keputusan pada tahun lepas yang rendah, potongan gaji secara sukarela oleh Lim itu dijangka membantu mengurangkan kos,” menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Dinyatakan beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang menerima bayaran gaji tertinggi, berdasarkan 2019 Corporate Governance Monitor yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Lim menerima imbuhan sebanyak RM80.6 juta daripada Genting Malaysia dan RM168.0 juta daripada Genting Bhd.

Pada 4 petang, saham Genting Malaysia naik empat sen kepada RM3.38 dengan 8.01 juta saham diurus niaga dan Genting meningkat 21 sen kepada RM6.90 dengan 2.87 juta saham diurus niaga. - BERNAMA