logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
o
q
y
Nothing found
ICO
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

SPRM siasat penguatkuasa Klang minta suapan RM1,000 daripada peniaga

MPK akan jalankan siasatan terperinci dalaman sekiranya masih terdapat anggota penguat kuasanya yang terlibat dalam kes berkenaan.

sprm_rasuah_new_600SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap 7 anggota penguat kuasanya yang dipercayai meminta suapan daripada seorang pengusaha kafe siber tanpa lesen di Klang, pada 21 Okt tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, MPK juga akan menjalankan siasatan terperinci dalaman bagi mengenal pasti sekiranya masih terdapat anggota penguat kuasanya yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kes itu merupakan tindakan penguat kuasa itu sendiri. Sudah pasti kita juga akan menyiasat perkara ini dan MPK bersedia bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras kegiatan tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Tujuh anggota penguat kuasa MPK ditahan SPRM semalam kerana dipercayai meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,000 daripada pengusaha kafe siber tersebut ketika membuat pemeriksaan lesen terhadap premis berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki terbabit yang berusia 31 hingga 42 tahun ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada tengah hari semalam, bagaimanapun seorang daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas dirakam percakapannya.

Menurut sumber itu, penguat kuasa MPK terbabit telah meminta dan mengambil wang sebanyak RM1,000 daripada pengusaha kafe siber tersebut supaya tiada sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap premis berkenaan.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya kini dalam proses merakam percakapan kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


us!