logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
o
q
y
Nothing found
ICO
starBookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

SUASANA JADI TEGANG, SESI SOAL JAWAB DENGAN DR MAHATHIR HABIS AWAL

SESI soal jawab antara Dr Mahathir Mohamad pada sebuah majlis bersama masyarakat India malam ini terpaksa dihentikan secara tiba-tiba apabila ada antara hadirin yang mahu tahu mengapa beliau tidak membantu mereka ketika beliau menjadi perdana menteri hingga suasana menjadi agak tegang.

Dr Mahathir sedang menerima soalan yang dikemukakan lebih awal semasa pendaftaran apabila tiba-tiba dua hadirin bangun dan mempersoalkan tentang rekod Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Seorang bekas ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy menyoal Dr Mahathir tidak berbuat apa-apa untuk orang India ketika zaman pentadbirannya atau menyelesaikan masalah dalam parti itu.

“Semasa jadi perdana menteri dulu, mengapa awak tak masuk campur dalam masalah  Maika dan Universiti AIMST yang beri banyak masalah kepada orang India?” soal Samy.

Walaupun Dr Mahathir teruskan menjawab, penganjur memutuskan untuk menghentikan forum.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menjawab tiga lagi soalan sebelum sesi soal jawab berakhir.

Forum tetap diteruskan dengan aman dan Dr Mahathir kemudian mengambil gambar dengan hadirin sebelum meninggalkan majlis bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

– https://www.themalaysianinsight.com

.