logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia
An article was changed on the original website

Suhakam pertahan inkuiri selepas polis nafi terbabit culik Amri

Suhakam berkata badan itu menjalankan tanggungjawab tanpa gentar, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tanpa prasangka atau prejudis dalam usaha untuk mengemukakan kebenaran.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata pihaknya tidak bertindak di luar kebiasaan dalam mengeluarkan laporan berhubung kehilangan Amri Che Mat, selepas polis menafikan pihaknya terbabit dalam kehilangan aktivis Perlis itu.

Pemangku Pengerusi Suhakam, Jerald Joseph berkata dakwaan badan itu cuba menghukum pihak polis atau memprovokasi orang ramai dan pihak berkuasa adalah tidak munasabah.

“Sepanjang siasatan awam yang dijalankan, Suhakam menjalankan tanggungjawabnya tanpa gentar, tidak menyebelahi mana-mana pihak, tanpa prasangka atau prejudis dalam usaha untuk mengemukakan kebenaran bagi perkara yang melibatkan kepentingan awam dan ini amat diperlukan dalam perlaksanaan demokrasi di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun menafikan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan Amri susulan kesimpulan dibuat Suhakam selepas inkuiri selama 18 bulan.

Fuzi berkata seorang pegawai yang enggan memberi keterangan kepada inkuiri itu hanya pekerja kontrak.

Inkuiri itu diberitahu sebuah kereta milik seorang pegawai Cawangan Khas, Saiful Bahari, dilihat berada dekat dengan lokasi Amri dipercayai diculik.

Kegagalan Saiful memberi keterangan kepada inkuiri itu menyebabkan Suhakam mendakwa polis tidak memberi kerjasama.

Pada 3 April lalu, Suhakam merumuskan Cawangan Khas terbabit dalam kehilangan paksa Amri dan Koh.

Mengulas lanjut, Joseph berkata sejak penubuhannya, Suhakam menjalankan 9 siasatan awam dan kandungan setiap laporan siasatan awam disiarkan secara terbuka dan boleh diakses oleh orang awam dan media.

“Tiada dalam peruntukan undang-undang yang memerlukan laporan dikemukakan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum ia diserahkan kepada pihak yang terlibat dalam siasatan awam termasuk orang ramai,” katanya.

Themes
ICO