Menurut entri terkini Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semua pemandu teksi itu menerima sumbangan kain dan duit raya daripada baginda di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

“Setiap kali baginda Tuanku Sultan melalui kawasan Stulang Laut, pemandu-pemandu teksi di situ tidak ketinggalan melambai tangan kepada Sultan Johor.

“Sultan Ibrahim amat dekat di hati rakyat dan baginda sering mengetepikan protokol serta beramah-mesra bersama Bangsa Johor,” menurut Facebook itu.

Pada tahun lalu, seramai 20 pemandu teksi di kawasan Stulang Laut menerima sumbangan daripada Sultan Johor sempena Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN ONLINE.