logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia
An article was changed on the original website

Tak daftar perkahwinan tiada kaitan isu kanak-kanak tanpa kerakyatan, kata peguam

N Surendran berkata, Perkara 15A Perlembagaan ‘tidak berguna’ kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan kerana ia bergantung kepada budi bicara mutlak menteri dalam negeri.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan peguam mempertikaikan tindakan kerajaan menyalahkan isu kanak-kanak tanpa kerakyatan kepada kegagalan ibu bapa mendaftarkan perkahwinan mereka.

Lawyers for Liberty menyifatkan kenyataan itu “tidak bertanggungjawab” dan “bercanggah Perlembagaan Persekutuan” kerana status perkahwinan ibu bapa tidak relevan.

“Berdasarkan Jadual ke-2 Bahagian II Seksyen 1(a) Perlembagaan, selagi ibu bapa kanak-kanak ialah rakyat Malaysia, kanak-kanak itu ialah warganegara Malaysia secara automatik.

“Keadaan itu kekal sama walaupun ibu itu bukan warganegara kerana kanak-kanak berkenaan sudah memenuhi syarat di bawah Seksyen 1(a), iaitu sekurang-kurangnya ibu atau bapa ialah warganegara.

“Secara ringkasnya, tidak kira ibu itu bukan warganegara dan perkahwinannya tidak didaftarkan, kanak-kanak itu layak mendapat status warganegara Malaysia secara automatik, selagi bapanya ialah warganegara,” kata penasihat LFL, N Surendran dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman di Dewan Rakyat yang taraf kerakyatan seorang kanak-kanak bergantung kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa.

Katanya, jika ibu bapa hanya mendaftarkan perkahwinan mereka selepas anak dilahirkan, permohonan kerakyatan boleh dibuat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Surendran berkata, Perkara 15A Perlembagaan “tidak berguna” kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan kerana ia bergantung kepada budi bicara mutlak menteri dalam negeri.

Beliau berkata, permohonan di bawah Perkara 15A memerlukan beberapa tahun untuk diproses dan selalunya permohonan akan ditolak dengan kanak-kanak itu terpaksa hidup tanpa kewarganegaraan.

“Jawapan kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen semalam yang kanak-kanak boleh memohon di bawah Perkara 15A ialah tindak balas standard kerajaan lama Barisan Nasional.

“Ia adalah taktik penangguhan jelas bagi menafikan kewarganegaraan untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan yang terdesak.”

Themes
ICO