Banyak pendapat mengatakan Jurgen Klopp harus membawa masuk perancang utama lain.

Sejak perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona oada awal tahun 2018, kreativiti di bahagian tengah Reds berkurangan.

Oleh sebab itu, ramai yang mengaitkan Liverpool masih berminat dengan Fekir.

“Sangat sukar untuk diletakkan di dalam tiga serangan. Jika anda lihat Xherdan Shaqiri bermain, dia boleh melengkapkan tiga serangan tersebut.

“Sangat bagus untuk memiliki pemain berkualiti dan membantu skuad. Namun ia hanyalah khabar angin dan hanya menunggu perkara itu terjadi.

“Saya tidak rasa Liverpool sangat terdesak untuk mendapatkan seseorang kerana apa yang mereka miliki dan terdapat dua pemain yang akan kembali iaitu Alex Oxlade-Chamberlain serta Joe Gomez, yang disisihkan musim lalu. Tidak lupa juga Adam Lallana.

“Bagus sebenarnya untuk skuad, tetapi saya tidak rasa mereka terdesak untuk membawa masuk mana-mana pemain,” kata bekas pemain Liverpool, Barnes.- AGENSI