Utusan Borneo melaporkan, sumber memaklumkan, ketiga-ketiga suspek berusia 22 hingga 32 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Quadruplex Permyjaya, Miri, Sarawak kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Tangkapan ketiga-tiga suspek telah merampas topi keledar, telefon bimbit, beg dan pisau.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun, dadah, pecah rumah dan curi,” kata sumber.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

Pada 14 Jun lalu, polis berjaya menumpaskan kumpulan samun dengan tangkapan tiga suspek lelaki tempatan di tiga lokasi berasingan dalam sebuah operasi pada awal pagi.

Dengan tangkapan suspek-suspek ini, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes samun berkumpulan bersenjata, pecah rumah, curi dalam kereta dan khianat.-UTUSAN ONLINE