logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Timbalan menteri Azis Jamman cedera dalam konvoi moto

Azis Jamman (tengah, pegang bendera) bergambar dengan peserta program ‘Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah dan Konvoi Promosi Regatta Lepa Jubli Perak’ di Kota Kinabalu, hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman dilaporkan cedera ketika menyertai satu konvoi anjuran Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK) di Kota Kinabalu, hari ini.

Pejabatnya dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku kira-kira 10 pagi tadi, ketika ahli Parlimen Sepanggar itu menunggang motosikal bersama peserta konvoi itu dari Nabalu menuju Ranau.

“Azis mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil serta masih dirawat buat masa ini,” menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Azis.

Terdahulu, Azis melancarkan program “Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah dan Konvoi Promosi Regatta Lepa Jubli Perak” di Kota Kinabalu, pagi tadi.

Beliau dilaporkan berkata, penganjuran konvoi itu menggunakan pendekatan serampang dua mata, iaitu mendampingi masyarakat bagi menyebarkan masalah penyalahgunaan dadah dan mempromosi penganjuran Regatta Lepa Jubli Perak di Semporna pada 26 dan 27 April ini.

Katanya, konvoi itu disertai 100 peserta menggunakan motosikal berkuasa tinggi membabitkan Persatuan Sabah Big Bikers, polis trafik dan AADK.

Konvoi selama 5 hari yang bermula hari ini di Kota Kinabalu, akan singgah di Kundasang, Ranau, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, sebelum berakhir di Semporna.

Themes
ICO