Menurut Wisma Putra, Peters yang juga Menteri Luar New Zealand, di jadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Jelasnya, lawatan itu akan membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka dan mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan antara rakyat.

“Lanjutan daripada serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac lalu, kedua-dua pihak dijangka akan membincangkan usaha-usaha untuk mengukuhkan kerjasama dua hala menangani ancaman keganasan,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari.

Dalam insiden tembakan pengganas di dua buah masjid di Christchurch itu, seramai 50 mangsa terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia dan berpuluh yang lain cedera. - UTUSAN ONLINE