Menurut portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang.

“Suspek dipercayai berada dalam pengaruh dadah telah menumbuk dan memukul dua rakannya hingga cedera.

“Suspek juga bertindak merosakkan barang-barang milik kerajaan di bahagian hadapan kaunter pejabat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Stanley Jonathan berkata, dua mangsa berusia 29 dan 27 tahun mengalami lebam di mata kiri manakala seorang lagi luka di bahagian belakang kepala dan badan.

Tambahnya, suspek telah ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 427/323 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan mendatangkan kecederaan. - UTUSAN ONLINE