logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Tuntutan palsu: 15 pegawai belia dan sukan Johor ditahan

JOHOR BAHRU: Seramai 15 pegawai belia dan sukan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini, tengah hari tadi, untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.

Menurut sumber, susulan tangkapan pada 1 Oktober lalu, hasil siasatan mendapati semua suspek bersubahat dengan kontraktor dan membuat tuntutan palsu berkaitan Program Liga Sukan di 8 daerah, iaitu Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi bagi 2015 yang tidak dilaksanakan.

“Jumlah keseluruhan tuntutan palsu melebihi RM90,000,” kata sumber.

Semua suspek terdiri daripada lelaki dan wanita dalam lingkungan 30-an hingga 50-an yang merupakan pegawai belia dan sukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan semua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Pada 1 Oktober lalu, SPRM menahan 17 kontraktor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu lebih RM90,000 berkaitan penganjuran program liga sukan yang didapati tidak diadakan.

Themes
ICO