logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Umno, PAS akan wujud jawatankuasa cari titik persamaan, kata Zahid

KUALA SELANGOR: Umno dan PAS akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas dalam tempoh terdekat bagi mencari titik persamaan demi memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatankuasa khas itu juga diwujudkan bertujuan untuk melaksanakan program sosial membabitkan 2 parti Melayu berkenaan.

“Menerusi jawatankuasa ini, Umno juga akan anjurkan perhimpunan berkaitan isu membabitkan Melayu dan Islam di setiap negeri bagi menyemarakkan lagi jalinan kerjasama kedua-dua parti sekali gus menaikkan semangat orang Melayu dan Islam.

“Kami berharap menerusi jawatankuasa ini kami akan mampu berganding sebagai satu pakatan pembangkang dalam memelihara agenda Melayu dan Islam di negara ini,” katanya ketika berucap semasa menghadiri program perjumpaan presiden Umno bersama kepimpinan tertinggi Umno peringkat Selangor.

Sementara itu, beliau yakin Umno akan dapat mempertahankan kemenangan di kerusi DUN Rantau.

Zahid berkata Umno tidak gentar untuk bertanding di DUN Rantau dan pihaknya akan membuktikan parti Melayu itu masih menjadi pilihan rakyat.

“Rantau ditakdirkan akan mengadakan PRK selepas mahkamah buat keputusan membatalkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Ikut perundangan, Mohamad boleh buat rayuan, tetapi saya minta beliau tidak buat rayuan. Umno berani bertanding dan ini adalah kawasan kubu kuat Umno,” katanya.

Jumaat lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta-merta.

Sebelum ini Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Themes
ICO