logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Unit khas belum bubar sepenuhnya, 60% anggota ditukarkan, kata polis

Anggota Stafoc melakukan demonstrasi selepas majlis pengenalan pasukan khas itu di Pulapor, ibu negara pada 21 November 2013. (Gambar Bernama)

SELAYANG: Pembubaran satu daripada 3 unit khas polis, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) masih dalam proses dengan hampir 60% anggotanya sudah diarahkan bertukar ke jabatan lain, kata Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun.

“Belum 100% bubar, tapi dalam proses dan ia sedang berjalan, apabila kita terima waran, kita bukan boleh bubar sebarangan.

“Kita kena lihat waran untuk kita strukturkan semula dan saya rasa 60% arahan pertukaran sudah dikeluarkan,” katanya selepas melawat Hospital Selayang sempena sambutan Hari Polis ke-212 hari ini.

Fuzi berkata, proses penstrukturan semula itu akan diselesaikan dalam masa terdekat di bawah kepimpinan baru kerana beliau akan bersara bulan depan.

“Saya rasa dalam masa 1 atau 2 bulan, pucuk pimpinan baru akan selesaikan proses penstrukturan semula.”

Pada 26 Jun 2018, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengumumkan Jabatan Imigresen dan polis akan dirombak serta disusun semula kerana struktur yang disifatkannya “berserabut” dan menerima aduan tertinggi daripada orang ramai.

Katanya, beberapa pasukan siasatan khas di bawah polis juga akan dibubarkan untuk penstrukturan semula entiti itu.

Stafoc ialah pasukan elit Jabatan Siasatan Jenayah yang mula beroperasi pada 1 Januari 2014 untuk menangani kes jenayah dengan cekap.

Pengganti Fuzi

Fuzi menyerahkan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk mencari penggantinya.

“Saya rasa kerajaan akan tentukan dan ini proses biasa, yang patah hilang berganti dan yang menggantikan saya mungkin dapat beri sumbangan lebih baik daripada apa yang telah saya sumbangkan untuk pasukan selama saya memimpin hampir 2 tahun.”

Bekas pengarah Cawangan Khas Bukit Aman itu menggantikan Khalid Abu Bakar yang bersara pada 4 September 2017, selepas 4 tahun memegang jawatan ketua polis negara.

7 polis ditahan SPRM

Fuzi berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan ke atas 7 anggotanya di Pahang.

“Kita pun nak dapat maklumat lengkap dan kita belum ambil tindakan daripada perspektif jabatan, tapi tindakan kita perlu berasaskan laporan yang dikemukakan oleh SPRM berkaitan salah laku didakwa melibatkan pegawai dan anggota saya.

“Kita tidak boleh ambil tindakan melulu, perlu ada bukti. Kita mesti bertindak berasaskan undang-undang yang ada sebelum tindakan diambil oleh pihak jabatan.

“Mungkin mereka setelah proses siasatan tidak ada apa-apa tindakan yang wajar diambil, kita kena pastikan kesahihan kesalahan itu,” katanya sambil menambah polis belum menerima laporan lengkap daripada SPRM berhubung kes itu.

Seorang pegawai berpangkat inspektor dan 6 anggota berpangkat lans koperal serta koperal dilaporkan ditahan di Pahang Selasa lalu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Mereka yang berusia 28 hingga 53 tahun itu kemudiannya direman 4 hari kerana didakwa bersubahat menerima rasuah RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki syabu dan permohonan.

PRK Sandakan

Fuzi berkata, lebih 1,000 anggota polis ditugaskan untuk mengawal keadaan di sekitar Sandakan susulan penamaan calon pilihan raya kecil di kerusi Parlimen itu, esok dan hari pengundian pada 11 Mei nanti.

Themes
ICO