logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Vaksin selamatkan nyawa, badan pemikir tegur golongan anti-vaksin

KUALA LUMPUR: Sebuah badan pemikir hari ini membidas golongan yang menolak vaksinasi selepas kerajaan mengumumkan penyakit-penyakit boleh dicegah seperti campak semakin meningkat.

Pusat Dasar Kesihatan dan Sosial Galen berkata ia menyokong seruan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah kepada ibu bapa menggesa anak-anak divaksinasi menerusi program kerajaan.

“Kami sama-sama prihatin terhadap kempen golongan anti-vaksin yang semakin agresif menyebarkan maklumat pura-pura saintifik, mewujudkan ketakutan dan menganjurkan kecurigaan terhadap pengamal penjagaan kesihatan dan menghina program imunisasi negara,” kata Ketua Eksekutif Azrul Mohd Khalib.

Beliau berkata pusat itu terkejut rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan kes campak meningkat 892% dalam tempoh 5 tahun. Pada 2013, terdapat hanya 195 kes campak tetapi 2018 mencatatkan 1,934 kes.

Kebanyakan orang dewasa dan kanak-kanak terjangkit tidak divaksin, katanya.

“Ia adalah tragis dan menyayat hati apabila mendapat tahu terdapat 22 kes pertusis (batuk kokol) dan beberapa kes difteria pada 2018, yang mengakibatkan kematian bayi-bayi.

“Jangkitan itu boleh dielakkan. Pertusis dan difteria adalah penyakit boleh cegah yang tersenarai dalam program imunisasi kerajaan. Seorang bayi boleh divaksin bagi kedua-dua penyakit itu dalam 6 bulan pertama hayatnya.

“Kami mendapat tahu semakin ramai ibu bapa memilih untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada bahaya dengan menolak vaksinasi dan tidak memberikan imunisasi dan perlindungan, menyebabkan anak-anak terdedah kepada jangkitan penyakit,” kata Azrul.

Beliau berkata kerajaan melabur RM130 juta setiap tahun ke dalam program imunisasi negara yang melindungi ratusan ribu bayi dan kanak-kanak.

Tetapi, menurut statistik Kementerian Kesihatan, bilangan ibu bapa yang enggan memvaksin anak-anak mereka meningkat 3 kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan. Terdapat hampir 2,000 kes tolak vaksin pada 2016.

“Angka sebenar dijangka lebih tinggi kerana angka-angka itu daripada sektor penjagaan kesihatan awam sahaja.

“Kempen golongan anti-vaksin mempromosikan kebergantungan kepada ubat-ubatan tradisional yang tidak terbukti, rawatan alternatif seperi ubat-ubatan homeopati, pseudosains, doa dan nasib sebagai alternatif kepada vaksin, menyebabkan penyakit-penyakit boleh cegah seperti beguk, campak dan difteria muncul semula.

“Seperti yang ditunjukkan data Kementerian Kesihatan, ini menyebabkan kanak-kanak meninggal dunia.

“Sains dan bukti sangat jelas. Vaksin cegah penyakit. Vaksin selamatkan nyawa.”

Themes
ICO