Majistret Shah Wira Abdul Halim memutuskan demikian terhadap terhadap dua individu berkenaan yang merupakan penasihat serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita di syarikat berkenaan sehingga 29 April ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek itu tiba di sini pada pukul 9.20 pagi dengan tangan bergari dan berbaju reman SPRM.

Semalam, penasihat syarikat berusia 55 tahun ditahan di Dutamas Raya, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi manakala CEO berusia 49 tahun terbabit ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 5.30 petang selepas hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki dan wanita terbabit telah bersubahat membayar wang suapan kepada penguat kuasa sebuah kementerian.

Ia sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut yang menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017.

Siasatan terhadap kedua-dua suspek itu dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE