Malaysia

Warisan ambil nama atas usaha BN, kata PBS

Ketua penerangan PBS Joniston Bangkuai berkata kerajaan Shafie Apdal bukan sahaja mengambil nama atas usaha orang lain, tetapi juga mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan mereka.

KOTA KINABALU: Ketua penerangan PBS Joniston Bangkuai hari ini menuduh kerajaan pimpinan Warisan di Sabah mengambil nama atas program geran tanah yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, geran tanah berkenaan diberikan pada suatu majlis di Keningau pada 9 Julai lepas.

Katanya, pemberian geran tersebut dimulakan oleh kerajaan sebelum ini di bawah program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) dan geran komuniti yang bertujuan mempercepatkan proses tuntutan ke atas tanah adat penduduk pribumi.

Beliau berkata, presiden Warisan Shafie Apdal, yang juga ketua menteri Sabah, seharusnya berasa malu kerana merasmikan program itu, bukan melaksanakan sendiri projek tersebut.

“Pemberian geran tanah di Keningau dan daerah lain baru-baru ini, sejak Warisan berkuasa, tidak ada bezanya dengan majlis memotong reben yang dibuat oleh pemimpin parti itu melibatkan projek lain yang dimulakan oleh BN,” kata Bangkuai.

Adun Kiulu itu berkata, 21,378 lot tanah seluas 36,137 hektar melibatkan 92 kampung di seluruh Sabah diukur oleh Pantas sehingga Disember 2017. Ia membabitkan 80 pasukan dan menelan kos sebanyak RM20 juta.

Pantas diwujudkan pada 2011.

Lot tanah tersebut terletak di daerah Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang, Semporna, Beluran, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Papar, Kudat, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Tawau.

“Di Kiulu, 2,141 lot diukur dari 2015 hingga 2017 oleh 29 pasukan dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

“Justeru, kerajaan pimpinan Warisan sekali lagi mengelirukan rakyat dengan mengambil nama atas usaha kerajaan terdahulu dan pemimpinnya.”

Beliau berkata, ini seumpama pepatah Melayu iaitu “lembu punya susu, sapi dapat nama”.

Bangkuai juga membidas Shafie kerana menggunakan acara penyerahan geran tanah itu untuk memburukkan pesaing politiknya, iaitu kerajaan BN sebelum ini dan pemimpinnya, dengan menuduh mereka tidak cekap, korup dan gagal membantu rakyat semasa mereka berkuasa.

“Dalam usaha meraih mata politik, beliau bukan sahaja mengambil nama atas usaha orang lain, malah mengambil kesempatan untuk memburukkan orang yang sama.

“Cara pentadbiran Shafie nampaknya tertumpu kepada usaha memburukkan kerajaan sebelum ini serta memperkecil dan membuat tuduhan terhadap pemimpinnya,” kata beliau.

Football news:

Thomas Tuchel: If both legs were intact, you could have seen my 40-meter sprint
PSG saved Tuchel's pet: Choupo-moting got everyone for free, managed not to score from a centimetre, and now pulled Paris to the semi-finals of the Champions League
Gian Piero Gasperini: The worst part is that we were so close. I can only thank the guys
Neymar was the player of the match Atalanta-PSG. He gave an assist
ПС PSG suffered through the entire quarter-final and turned it over in 149 seconds. Lifted the Italian curse and went so far in the Champions League for the first time in 25 years
ПС PSG's pain was transformed into happiness: in three minutes, the suffering stars turned into celebrating kings
The club from Italy won't win the Champions League for the 10th year in a row. This is an anti-record