logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Waspada, ubat manusia tak sesuai untuk haiwan

Siapa yang tidak bimbang kalau kucing kesayangan mereka sakit, tetapi ada yang bertindak memberi ubat mereka demi melihat si bulu kembali sihat dan ceria.

Persoalannya, adakah ubat untuk kegunaan manusia boleh membantu melegakan kesakitan haiwan?

Mereka yang pernah berbuat demikian perlu menghentikan cara itu kerana ia sebenarnya boleh memudaratkan haiwan kesayangan anda!

Ubat yang dimakan manusia tidak sesuai untuk haiwan kerana ia mempunyai sistem badan berbeza dengan manusia.

Ini termasuk perubatan semula jadi atau tradisional seperti menyapu ubat bagi haiwan anda yang cedera boleh menimbulkan masalah lain.

Antara kesan sampingan termasuk muntah, cirit-birit, pendarahan dalaman dan masalah neurologi yang boleh membawa kepada kematian.

Jadi, sekiranya haiwan peliharaan anda sakit atau cedera, cara terbaik ialah membawa mereka ke klinik veterinar.

Sumber: petdiatric.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Themes
ICO