Tuntutan tersebut dibuat dalam surat tuntutan Zakir arau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik yang telah dihantar kepada menteri terbabit pada petang ini.

Selain permohonan maaf itu, Kula Segaran diminta membayar ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Pada 13 Ogos lalu, Kula Segaran didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menggunakan surat berserta logo rasmi kementeriannya.

Kenyataan tersebut didakwa telah mencemarkan reputasi Zakir sebagai penceramah. - UTUSAN ONLINE