Malaysia

Zuraida nafi beliau, pemimpin kanan elak hadir temu rapat PKR

Zuraida Kamaruddin ketika menghadiri majlis Hari Anggota Bomba Sedunia, hari ini.

KUALA LUMPUR: Naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menafikan beliau dan anggota kanan PKR lain yang bersekutu dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali sengaja tidak menghadirkan diri ke majlis temu rapat parti itu di Port Dickson hujung minggu ini.

Katanya, beliau tidak dapat menyertai majlis itu kerana sibuk dengan Hari Anggota Bomba Sedunia, hari ini dan terpaksa menghadiri majlis lain di Surabaya, Indonesia.

“Mungkin ini satu kebetulan. Yang lain mungkin mempunyai alasan sendiri juga,” katanya, ketika ditanya mengenai ketiadaannya di temu rapat PKR malam tadi.

Ketika ditanya mengenai ucapannya di temu rapat yang dijadualkan malam ini, Zuraida berkata beliau tidak akan bercakap “melainkan mereka membenarkan saya membuat sidang langsung”.

Sebelum ini, Zuraida berkata terdapat masalah dalam PKR dan faktor luaran yang memburukkan lagi keadaan mereka.

Beliau menyifatkan tentangan terhadap video seks gay melibatkan bekas ketua Pemuda Santubong Haziq Aziz sebagai “pemikiran” yang berbeza.

Semalam, Zuraida, Azmin, dan naib presiden Tian Chua dan Ali Biju, tidak dilihat pada mesyuarat parti PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Mereka adalah antara yang menandatangani kenyataan mengkritik Anwar kerana menyeru Azmin meletak jawatan jika video seks sejenis yang menyasarkannya terbukti sahih.

Temu rapat PKR turut dihadiri Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Pakatan Harapan. Beliau memberitahu anggota PKR bahawa sebagai gabungan pemerintah, mereka tidak boleh membiarkan diri mereka terganggu oleh isu-isu sampingan yang tidak bernilai.

Temu rapat itu diadakan di sebalik pertelagahan terbuka antara Anwar Ibrahim dan Azmin.

Haziq mengaku beliau adalah salah seorang lelaki dalam video seks gay, dan menamakan Azmin sebagai individu ke-2. Azmin menafikan dakwaan ini dan mengatakan ia adalah usaha untuk memusnahkan masa depan politiknya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata hasil siasatan polis terhadap kes video seks itu mendapati wujud pakatan jahat didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Hamid turut berkata, hasil analisis CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) terhadap video seks berkenaan mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, bagaimanapun, hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan.

Football news:

Sarri on 3:3 with Sassuolo: there Were moments of passivity that are difficult to explain
Arteta about 2:1 with Liverpool: the Gap between the teams is huge for today
Jurgen Klopp: Arsenal didn't have any real chances. We played brilliantly, but two episodes killed the game
Van Dijk Pro 1:2 with Arsenal: Liverpool got what they deserved. We gave them goals
💯 . Manchester City joked that Liverpool will not be able to break the city's record for points in a season. The tweet was later deleted
AEK Carrera drew with PAOK and remained in third place
Guardiola on the win over Bournemouth: it Was not easy. For them, the match was more important