Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Anak damit maut tertinggal dalam kereta

KUALA TERENGGANU, 25 OKT – Seorang anak damit perempuan berusia setahun empat bulan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abd Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4:30 petang selepas anak damit terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan.

Abd Rahim ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas bapa anak damit terbabit terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi. – Bernama

Gambar Freepik