Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Ikrar tingkat kerjasama kesenian

VIENTIANE, 25 OKT – Negara anggota ASEAN berikrar untuk meningkatkan perkongsian dalam bidang kebudayaan dan kesenian, dengan bermatlamat untuk mempromosi peranan seni dan budaya.

Perkara itu telah dibincangkan oleh perwakilan ASEAN pada Mesyuarat Ke-19 Pegawai Kanan Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian serta mesyuarat berkaitan dengan rakan dialog, selama dua hari mulai kelmarin, lapor Xinhua yang memetik laporan TV nasional Laos hari ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Vangvieng, Vientiane tersebut membawa tema ‘Promoting the Role of ASEAN Culture and the Arts in the Post-COVID-19 Pandemic for Sustainable Development’.

Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Suanesavanh Vignaket berkata sektor budaya dan kesenian yang digariskan di bawah tonggak Sosio-Budaya Komuniti ASEAN (ASCC) merupakan pemacu penting pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan.

“Sektor ini memain peranan penting dalam melaksanakan dan merealisasikan Pelan Strategik ASEAN untuk Kebudayaan dan Kesenian 2016-2025 dan Pelan Tindakan ASCC 2025,” katanya semasa mesyuarat berkenaan.

Suanesavanh berkata Laos mengakui peranan penting budaya dan seni ASEAN dalam menggalakkan keterangkuman dan kemampanan.

“Oleh itu, kami akan memasukkan budaya dan seni sebagai antara topik keutamaan ASCC dan keberhasilan utama ketika Laos mempengerusikan ASEAN pada 2024,” ujarnya lagi. – Bernama

Gambar Freepik