Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Meta disaman beri kesan buruk kesihatan mental remaja

SAN FRANCISCO, 25 OKT – Peguam California, Rob Bonta semalam mengetuai gabungan 33 peguam dalam memfailkan saman terhadap Meta Platforms, Inc dan syarikat gabungannya, dengan dakwaan syarikat itu telah mereka bentuk dan melancarkan ciri-ciri berbahaya di Instagram dan Facebook hingga menjejaskan mental dan fizikal remaja.

Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Utara California, lapor Xinhua.

Bonta dalam satu kenyataan berkata peguam negara sedang mendapatkan bantuan injunksi dan kewangan untuk menangani salah laku Meta.

Dalam tuntutan itu, Meta didakwa telah melanggar undang-undang persekutuan dan negeri, termasuk mewujudkan model perniagaan yang tertumpu pada memaksimumkan masa pengguna muda pada platformnya, menggunakan ciri platform yang berbahaya dan memanipulasi secara psikologi.

Sebanyak 33 negeri menyertai tuntutan itu, termasuk Arizona, California, Colorado, Connecticut, Delaware, Georgia, Hawaii, Idaho dan Illinois. – Bernama

Gambar fail menunjukkan logo Meta di Las Vegas, Nevada. – AFP