Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Pendidikan awal banteras vandalisme

BINTULU, 25 OKT – Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengambil pendekatan pendidikan di peringkat awal dalam usaha membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri itu.

Menterinya, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata melalui usaha itu, intervensi serta kesedaran awal boleh diberikan kepada anak-anak muda di peringkat sekolah mengenai pentingnya infrastruktur itu kepada penduduk sesuatu kawasan.

Katanya, pendekatan pendidikan itu telah dimulakan di Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan.

“Kita akui memang sukar mengatasi gejala vandalisme dengan sepenuhnya jadi apa yang boleh kita laksanakan adalah untuk mengurangkan atau meminimumkan aktiviti itu melalui pendidikan peringkat awal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Tatau, di sini, hari ini. – Bernama

Datuk Seri Julaihi Narawi bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Tatau, kelmarin. – Bernama