Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia

KUALA LUMPUR, 25 OKT – Juara dunia, Natasha Mohamed Roslan tidak pernah terfikir minat mendalam terhadap tenpin boling akan membawanya mengembara hampir ke seluruh pelusuk dunia selepas diperkenalkan kepada sukan itu oleh ibunya.

Menceritakan perjalanan sebagai atlet kebangsaan, Natasha yang merangkul pingat emas acara individu wanita pada Kejohanan Dunia di Kuwait awal bulan ini berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.

Menurut juara remaja dunia 2016 itu yang mula bermain tenpin boling seawal usia tujuh tahun, selepas setahun bersama skuad remaja kebangsaan, beliau mengundurkan diri kerana mahu memberikan tumpuan kepada persekolahan sehingga tamat tingkatan lima.

Ibarat bertemu bukit di tepi telaga, usai tamat persekolahan, anak jati Selangor berusia 27 tahun itu terpilih untuk bersama skuad utama kebangsaan dan sejak itu berpuluh negara dilawatinya sepanjang 10 tahun membawa nama Malaysia.

“Amerika Syarikat (AS) negara paling banyak kali saya pergi, yang belum pergi Afrika Selatan, Colombia dan beberapa negara di Eropah tetapi sebelah Asia dah lengkap kerana tidak banyak kejohanan di Eropah, lebih banyak di Asia,” katanya kepada Bernama di sini. – Bernama

Gambar Bernama