Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Mi somen catat rekod terpanjang di Oita

OITA, 25 OKT – Nagashi somen iaitu mi somen yang dialirkan dalam air sejuk dalam alur buluh telah menempuh jarak 4,031.76 meter sekali gus diiktiraf secara rasmi sebagai rekod dunia dalam satu acara di Taketa, Wilayah Oita, pada Sabtu lalu.

Percubaan Rekod Dunia Guinness itu dianjurkan oleh Takehime, sebuah kumpulan kaum ibu di bandar tersebut dengan kerjasama perniagaan dan sukarelawan. Usaha mereka itu berjaya mengatasi rekod sebelumnya sejauh 3,515.42 meter, yang dilakukan pada November tahun lalu di Takamori, Wilayah Nagano.

Perjalanan mi somen bermula dari padang rumput di Dataran Tinggi Kuju dan mengalir ke jalan-jalan yang telah ditutup kepada lalu lintas untuk acara tersebut. Kira-kira 90 minit, jumlah yang diperlukan lebih daripada 25 gram mi tiba di destinasinya. Apabila pengadil rasmi mengumumkan pengiktirafan, sorakan bergema daripada pengunjung yang hadir.

“Saya lega ia berjaya. Saya gembira kami dapat menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa impian boleh menjadi kenyataan,” kata wakil Takehime, Mio Abe. – ANN/Japan News

Orang ramai melihat kemunculan mi somen di Taketa, Wilayah Oita. – ANN/Japan News