Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

UNISSA terima sumbangan 158 buku dari Kedutaan Qatar

Oleh Salawati Haji Yahya –

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Sebanyak 158 buah buku telah disumbangkan oleh Kedutaan Qatar di Brunei Darussalam kepada Univeristi Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), hari ini.

Buku-buku berkenaan dijadikan satu koleksi khas bagi Sudut Penerbitan Qatar di Perpustakaan UNISSA yang telah dilancarkan oleh Charge d’affaires a.d. interim, Mohammad Abdul Rahman M.A Al-Jufairi selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama dan pelajar-pelajar UNISSA.

Buku-buku yang disumbangkan adalah mengenai pengajian Islam sesuai dengan keperluan UNISSA dan ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dengan Qatar.

Bagi UNISSA, hubungan kerjasama tersebut telah bermula pada 2022 dengan Universiti Qatar, dan antara aktiviti-aktiviti yang pernah disertai UNISSA adalah Kejohanan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa ke-4 di Qatar pada 13 April 2017.

Hubungan kerjasama tersebut diharap akan berlanjutan pada masa akan datang dan hubungan antara Brunei Darussalam dan Qatar akan lebih erat.

Dr Haji Norarfan telah menerima buku-buku koleksi negara Qatar yang disampaikan oleh Mohammad Abdul Rahman M.A Al-Jufairi. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
Tetamu kehormat bersama dengan tetamu yang lain di majlis pelancaran sudut penerbitan Qatar di UNISSA. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya