Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Warga asing didenda $76,900

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Seorang lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun, yang memiliki e-rokok seludup dan barangan vape, diperintahkan untuk menjelaskan denda sebanyak $76,900 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.

          Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Lee Sze Siang menjalani hukuman penjara selama 25 bulan jika gagal membayar denda tersebut selepas dia mengaku bersalah memiliki e-rokok dan barangan vape sebanyak 1,000 unit.

          Pendakwa kastam memaklumkan mahkamah bahawa pegawai pencegahan kastam memeriksa kereta defendan sebaik tiba di pos kawalan Sungai Tujoh pada pukul 2 petang, 18 September, yang membawa kepada penemuan barangan seludup itu.

Foto hiasan freepik