Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Judika buai perasaan bersama 12,000 peminat

Bukan sahaja melakar sejarah peribadi sebagai konsert pertama buatnya di bumi Malaysia, malah Konsert Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini dianggap sebagai momen indah buat penyanyi terkenal dari Indonesia itu.

Belum pernah berlaku seluruh keluarga besarnya seperti isteri, anak-anak, orang tua dan ibu bapa mentuanya hadir memberikan sokongan, namun itulah yang terjadi pada konsert anjuran bersama Dua Anak Deo (DAD) Management dan Kharisma Music International itu.

Kehadiran ahli keluarga bagaikan menyuntik semangat buat pemilik nama lengkap Judika Nalon Abadi Sihotang ini.

“Hari ini cukup lengkap kerana mama, papa serta ibu bapa mentua dapat datang menyaksikan konsert pertama saya di Malaysia dengan ramai penonton.

“Bagi saya, ini adalah kebahagiaan yang tidak boleh dibayar dengan apapun.

“Mereka buat keputusan untuk datang. Mungkin konsert sebelum ini agak biasa kerana selalunya habis nyanyi saya terus pulang.

“Namun, konsert kali ini cukup istimewa dan saya perlukan sokongan dan doa mereka sebelum buat persembahan,” ungkap Judika pada sidang media selepas konsert.

Konsert berdurasi tiga jam ini juga bagaikan dokumentari buat Judika apabila mendedahkan pelbagai kisah mengenai kehidupannya termasuk perjuangannya mendapatkan keizinan ibu bapa mentua supaya merestui perkahwinan.

Berkongsi lanjut perkara itu, Judika mengakui, hubungannya dengan isterinya, Duma Riris Silalahi mendapat tentangan dan selama enam tahun dirinya berusaha keras memenangi hati ibu bapa mentua. – Agensi

Bagaikan dokumentari, Judika mendendangkan koleksi lagu yang berkisar kehidupannya. – mStar