Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Sri Lanka sahkan ketibaan kapal penyelidik China

COLOMBO, 25 OKT – Sri Lanka mengesahkan ketibaan kapal penyelidik China hari ini, berikutan lawatan kapal penjejak kapal angkasa tahun lepas yang menimbulkan kebimbangan keselamatan dari negara jiran, India.

New Delhi berasa sangsi dengan kehadiran China yang semakin meningkat di Lautan Hindi dan pengaruhnya di Sri Lanka, yang terletak secara strategik di tengah-tengah laluan perkapalan antarabangsa utama timur-barat.

Jurucakap Kementerian Luar berkata Shi Yan 6 telah mendapatkan kebenaran untuk berlabuh di Colombo, di mana sebuah syarikat milik kerajaan China mengendalikan terminal kontena laut dalam.

“Kelonggaran diberikan untuk kapal itu untuk datang ke Colombo untuk pengisian semula minyak,” beritahu jurucakap itu, yang enggan namanya disiarkan, kepada AFP.

Penyiar negeri China, CGTN menyebut Shi Yan 6 sebagai kapal penyelidik saintifik dengan 60 anak kapal untuk menjalankan ujian oseanografi, geologi dan ekologi marin.

Laman web pengesanan kapal antarabangsa MarineTraffic berkata kapal itu dijangka tiba di Colombo hari ini. – AFP

Gambar The Straight Times